Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka!
Firstly, aku nak ucapkan Happy 54th Birthday Malaysia even dah terlambat 9 hari! Semoga kemerdekaan yg kita kecapi sekarang berkekalan hingga ke generasi-generasi yang akan datang..cuma aku agak risau, generasi-generasi akan datang ni tau ke tidak apa erti "merdeka"? Kalau ditengok dengan keadaan sekarang, aku dah boleh nampak riak-riak generasi muda yang menganggap Hari Kebangsaan kita is nothing. Tolonglah anak-anak didikku sekalian...hargailah kemerdekaan negara kita! Hayati segala perjuangan nenek moyang kita pada zaman dahulu untuk mencapai kemerdekaan. Ingatlah, mungkin sukar untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara tetapi yang lebih sukar ialah untuk mengekalkannya. Sayangi negara kita yang berbilang kaum, hormat-menghormati dan bersatu-padulah kita semua. Jangan biarkan anasir-anasir luar mahupun dalam menghancurkan segala keamanan dan nikmat bermasyarakat yang kita rasai sekarang. Jangan lupa diri dan asal-usul kita. Be a good Malaysian! Proud to be a Malaysian! \(^_^)/
OKlah. Cukup pasal merdeka. Sekarang nak sambung kisah sedih aku plak. HAHA
So memang betullah kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Apa yang aku planning dalam post aku yg b4 ni nampaknya gagal. Sebabnya? Malas pulak aku nak cerita. Tapi apa yang penting, semuanya gagal. Aku tak dapat balik Melaka, tak dapat jumpa Pak Long n Mak Long, tak dapat jumpa akak aku, tak dapat jumpa kawan2 aku n yang paling tragik, aku tak dapat beraya langsung! ARRGGGGHHHHHH
Nampaknya raya ni memang banyak aktiviti yang terpaksa aku korbankan. Semuanya kerana??? Allah saja yang tahu. Sedih memang sedih...tapi apalah sangat yang mampu aku buat. Aku terima semua ni sebagai 1 ujian daripada Allah untuk hambaNya yang hina ini. Tunjukkanlah aku jalan yg benar, jalan yang lurus ya Allah...sesungguhnya aku hanya hambaMu yang teramat lemah ya Allah...
Selepas berhari-hari duk berkurung dalam bilik menonton segala macam cerita, aku pun buat keputusan nak balik JB hari Sabtu. So hari Jumaat tu aku pergilah TBS beli tiket bas. Risau jugak kalau beli on the spot dah habis plak. Lepas settle beli tiket, aku pun g merayau sorang2 kat The Mines. Hellooooo..sorang2 ok? Gile sadis. So nak mengelakkan orang kata aku macam kera sumbang (macam orang perasan), aku pun pergilah tengok wayang. Budak yang jual tiket tu mesti kesian tengok aku kan...sian akak ni sorang2 tengok wayang cerita Final Destination 5. Inilah 1st time aku tengok wayang sorang2 beb! Sadis gile..lonely habis. Nak ajak kawan2, semuanya belum balik KL lg. So aku pun masuklah dalam hall dengan sadisnya. Dalam tu tak ramai sangat pun orang yang nak tengok. Majoritinya lelaki. Maybe yang minoriti takut nak tengok kot. So aku sebagai wakil golongan minoriti yang berani2 takut pun buat muka selamba masuk sorang2 n duduk kat seat aku. Belakang aku ade 2 orang lelaki Melayu. Mesti dorang kate berani gile minah ni tengok cerita ngeri sorang2..HAHA. Well, you dont know me...Then cerita pun start. Wah..nasib baik heronya hensem..ehee. Lepas beberapa minit cerita, part eksiden2 pun bermula. Aku pun mulalah tutup muka aku ngan tangan..bukak jari sikit2 je..huhu. FD5 ni ceritanya lebih kurang sama je macam episod2 yang sebelum ni. So takdelah buat aku tertarik sangat cuma tak tahan dengan kengerian jelah. Tang ngeri memang maintain. Sampai tahap aku rasa nak keluar dari hall je..HUUUU. Tapi aku tahankan diri gak. So buat2lah tengok enpon n bukak fb. Maybe dari segi penglihatan, aku berjaya buat2 tak nampak tapi dari segi pendengaran, aku GAGAL. Still dengar orang jerit2, bunyi barang pecah, bunyi badan orang berkecai. ARGHHHHHH Memang rasa macam nak mati je aku time tu...ngeri beb! Aku actually memang takut nak tengok cerita ngeri n planning asal bukan nak tengok FD5. Aku nak tengok Planet's Ape sebenarnya tapi takde plak aritu. So terpaksalah tengok FD5. So selepas menempuh berbagai bentuk kengerian, cerita pun habis. Lega aku! Keluar dari hall aku pun singgah Watson beli barang skit. Pastu aku pun jalan kaki sorang2 g KTM tunggu bas. Cuak gak beb...mana ada gurl berani jalan kat kawasan camtu sambil bawak handbag. Tapi aku tawakal je kat Allah. Dah nasib aku kena jalan sorang2, iA Allah akan selamatkan aku. Alhamdulillah aku selamat sampai rumah.
So Sabtu aku pun balik JB. Sampai sini aku memang da agak takde sape yang balik lagi. Maka buat kesekian kalinya aku sorang2 lagi. Ye..hidup saya memang sadis. Aku ni dahlah penakut duk rumah sorang2. Tapi apakan daya...hadapi jelah. N nasib baiklah tak jadi apa2. Pagi esoknya Kak Eija pun sampai tapi lepas tu dia keluar balik. Dah siang, bolehlah aku tido tanpa rasa takut. N sejak hari Ahad aritu, aku mendiamkan diri dari kawan2 aku. FB, mesej kat fon, calling semua aku ignore. Sorry kawan2...aku hanya mahu bersendiri sekarang ni. Mungkin aku dah terbiasa hidup bersendiri. Mungkin............................mungkin juga berpunca daripada Abang Murad add aku kat FB. Kak Ros pun ada wish aku hari raya n nak jumpa aku tapi.................tapi belum sampai masanya aku nak bertemu dengan dorang. Dengan keadaan ktorg 3 beradik duk kucar-kacir, aku malu nak berhadapan dengan dorang. N sejak dari aritu, aku down gile. Aku ignore semua orang. Tapi aku still terharu sebab kawan2 baik aku still tak lupa aku n terasa akan kehilangan aku. Adi n Fiza...terima kasih kawan...korang memang kawan aku dunia akhirat. Aku sayang korang.
InsyaAllah aku akan contact dorang balik lepas aku dah balik Melaka nanti. Aku plan nak balik esok lepas mesyuarat. Mintak Kak Mah n Mak Long still belum tahu pasal abang aku. Ya Allah..permudahkanlah urusanku esok Ya Allah..semoga Kak Mah dan semua dapat menerima ceritaku tanpa apa2 prasangka..semoga masalah ini dapat diselesaikan Ya Allah..tolonglah aku Ya Allah..aku sudah tidak sanggup memikul beban ini Ya Allah...kasihanilah hambaMu yang hina ini...........
Semoga segala apa yang aku rancangkan dipermudahkan oleh Mu Ya Allah...hanya kepadaMu tempatku meminta dan berharap Ya Allah...bantulah hambaMu ini.....
p/s: M.I.A = missing in action
0 komen sangat bernas.:
Post a Comment