Salam...
1st of all, aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua penganut agama Islam di dunia ni..mesti korang semua hepi2 bersama keluarga tersayang kan? Jelesnya aku... T_T
OKlah..tajuk post aku pun da memang sadis so rasanya korang pun boleh agaklah betapa sadisnya cerita yang aku bakal cerita jap lagi nih. Post yg sebelum ni aku ada cerita psl aku xde umah nak balik raya kecuali umah abang aku kan? So itulah yg terjadi raya ni. Raya yg membosankan utk tahun yg ke-2. Korang bayangkanlah, pagi raya xde benda nak buat. Baju raya aku pun still dalam beg. Aktiviti aku makan, tido, main game, tgk cerita, pastu tido balik. Gile bosan! Cuba korang bayangkan korang alami apa yg aku alami td. X mencurah2 air mata korang? Aku jeles betul tgk kwn2 aku post gambar raya dorang 1 family. Aku? Mimpi di siang hari jelah. Tapi apapun aku masih bersyukur sebab aku masih bernasib baik diberi peluang oleh Allah utk menyambut Syawal pada tahun ni n aku masih ada tempat utk berteduh. Tahun depan entah mcmana pulak nasib aku ye...Allah je yg tau.
Aku rasa dlm beberapa hari lagi situasi keluarga aku akan bergolak lagi. Sebab apa? Sebab kakak aku nak bgtau pasal abg aku kat family aku kat Melaka. Ye...rahsia yg bertahun2 ktorg simpan terpaksa dipecahkan sekarang. Aku dah x sanggup lagi nak menipu Mak Long semata-mata nak cover utk abg aku. Sepatutnya dia setelkan semua masalah sementara ktorg bagi banyak masa pada dia. Tapi nampaknya dia xnak amik apa2 langkah utk selesaikan masalah. So time's up! Esok iA kakak aku akan bgtau Kak Mah n dah pasti semua sedara aku kat Melaka akan tau pasal ni. N kalau aku balik umah Mak Long esok, memang abis kene kerumun ngan dorgla nampaknya. So terpaksala aku x balik sana wat masa ni. Maybe minggu depan baru aku balik umah Mak Long.
Aku n kakak aku amik keputusan nak bgtau dorang ni berpunca drpd peristiwa petang raya aritu. Time aku n abg aku shopping bahan2 nak wat rendang kat Giant, ktorg terserempak pulak dengan sepupu aku. Time tu aku x sure la dia nampak ktorg ke x or dia juz pura2 buat x nampak. Terputus nafas aku kejap time tu. Penipu, memangla takut bila dah kantoi. Ntahla..niat aku menipu juz nak bagi peluang kat abg aku utk bina semula hidup dia n bila dah stabil dia selesaikan masalah dia dgn org Melaka. Tapi nampaknya perbuatan aku tu makan diri aku balik. Aku pulak yg menanggung kesalahan org lain. Adil ke mcm tu?
Aku tau tindakan yg bakal aku n kakak aku buat esok akan beri kesan yg positif n negatif kpd hidup aku nanti. Positifnya, ktorg x perlu menipu lagi n abg aku setelkan sendiri masalah dia dgn Kak Mah. Negatifnya, maybe abg aku akan benci aku kalau dia x boleh terima yg ktorg kantoikan dia. Maybe tahun depan aku memang da xde umah nak beraya. Berpisahla lagi aku dgn adik-beradik aku yg 3 kerat tu je...
Mungkin korang yg baca cerita aku ni x paham apa yg sebenarnya yg berlaku. Mesti dalam kepala korang terfikir soalan "Korang adik-beradik, knp x setel cara baik, bincang2 dulu ke?" Kalau tu soalan korang, ni jawapannya: Masalah ni terlalu complicated. Cara ni je yg ktorg mampu buat. Semuanya terserah kepada abg aku sebab dia sebenarnya punca masalah. Kalau dia boleh setelkan cara baik dgn Kak Mah, aku da rasa cukup bersyukur walaupun mungkin nanti dia akan membenci aku. Xpelah, asalkan masalah ni selesai. Pandai2lah aku bawa diri nanti.
Kita tengok apa hasilnya nanti. Kalau hasilnya negatif antara aku n abg aku, terpaksalah aku planning awal2 aku nak g mana nanti raya tahun depan. N aku kena pastikan, hujung tahun ni aku setelkan lesen aku. Awal tahun depan aku boleh beli kereta. So pastu aku da bebas nak g mana2 tanpa perlu susahkan orang lain. BERDIKARI
OKlah..dah panjang kot aku membebel ni. Sadis x cerita aku? X? OK fine. Memang betul pun x cukup sadis lg. Sesusah-susah kita or sesedih tahap apa pun kita, kita mesti ingat. Ada orang yg nasibnya lebih malang daripada kita. Hidup dorang lebih merana dan terseksa daripada kita. Tapi dorang masih kuat utk menempuh dugaan Allah. Jadi, bagi kita yg Allah baru uji sedikit jgnlah cepat berputus asa dan lemah semangat. Allah akan uji kita dgn ujian yg kita mampu tanggung. Allah tidak kejam tapi Maha Penyayang. Dia hanya mahu kita sentiasa mencari-Nya x kiralah waktu susah atau senang, waktu gembira mahupun sedih. Tetepi sebagai manusia kita sentiasa alpa. Waktu senang n gembira kita lupa Dia. Waktu susah n sedih baru tercari-cari Dia. Lebih dahsyat lagi, kita salahkan pula Allah kerana beri kita kesusahan. Nauzubillah... Ampunkan aku Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu yg hina ini Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini yg sering tewas kpd nafsu dan duniawi. Ampunkan aku Ya Allah....hukumlah hamba-Mu ini di dunia Ya Allah kerana azab di Neraka berlipat kali ganda kesakitannya Ya Allah..aku x sanggup Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku...........